kalau suka silalah teruskan membaca , taksuka sila klik X di penjuru kanan skrin anda . tQ (!)

Mar 3, 2010

Movie BUZZ

Niyang Rapik
dosa silam kembali menghantui.....
Directed by Ahmad Idham

Last saturday berpeluang tgk filem ni kat GSC Berjaya Times Square. First impression, ingat ni filem pasal hantu or something like dat but rupenya pasal dendam && sihir. Filem ini mengisahkan lima sekawan yang menjalankan penyelidikan di sebuah kampung yg dikenali dgn nama Niyang Rapik. Di kampung itu mereka berkenalan dgn anak ketua kampung iaitu Laila, lakonan Liyana Jasmay. Kepulangan mereka ke Kuala Lumpur mula menimbulkan misteri setelah seorang daripada mereka mati dalam keadaan yg mengerikan. Mereka pulang semula ke Niyang Rapik untuk mencari punca kematian sahabat mereka itu sementara ingin memulangkan sebuah gambit yg mereka sangkakan ada kena mengena dgn kematian Zack (Fizz Fairuz). Kedatangan mereka ke Niyang Rapik semula menjadi tanda tanya setelah Niyang Rapik tidak seperti dulu lagi. Suram dan mengerunkan. Dan mereka ditimpa pelbagai perkara-perkara pelik satu persatu. Apakah akan terjadi kepada mereka? Siapakah yang menjadi punca kepada semua perkara pelik ini? Bagaimanakah kesudahannya? Saksikanlah Niyang Rapik....

Rating : ★ ★ ★ ★

From Paris With Love
Directed by Pierre Monrel

Filem ni tak mendapat sambutan yg begitu menggalakkan di pawagam berbanding Book of ELI. Tapi bagiku filem ni oke saja. Ganas dan ganas! Yes. tu yang dapat aku luahkan mengenai filem aksi ni. Filem ni mengisahkan seorang pembantu duta, Reese, lakonan Jonathan Rhys Meyer yang berminat untuk menjadi seorang agen rahsia. Ditugaskan dengan seorang rakyat Amerika, Charles Wax lakonan John Travolta untuk menyiasat kes pengedaran dadah dan juga serangan berani mati untuk membunuh delegasi-delegasi yang berkumpul dlm sidang kemuncak. Reese seorang agen yang amat protokol,tidak suka membunuh dan hanya menyelesaikan kes2 yg berkaitan dgn kedutaan shj. Manakala Wax, seorang agen yg berperwatakan gangster,tapi cekap. Keserasian antara mereka mmg sukar. Namun kecekapan Wax berjaya membuatkan Reese sedar tugas sebenar agen rahsia ni. Wax juga telah menyelamatkan Reese dr bahaya apabila tunangnya sendiri mengkhianati Reese dan merancang untuk membunuhnya. Filem ini berkesudahan apabila Reese dan Wax menjadi rakan baik walaupun Reese kehilangan tunang tersayang. Filem ini lebih banyak aksi tembak menembak berbanding bergaduh/membelasah. Filem ini agak simple dan mungkin disebabkan itu kurang mendapat sambutan.

Rating : ★★★

No comments:

Post a Comment