kalau suka silalah teruskan membaca , taksuka sila klik X di penjuru kanan skrin anda . tQ (!)

Mar 22, 2010

Great Game

Smlm dapat tgk game live kat mamak Bintang Tujuh Gombak, Manchester United vs Liverpool. Fuh! mmg ramai gile. Smp kena duk btol2 kat tepi tangga. Hari ujan tak menghalang peminat2 && kaki bola keluar menyaksikan game ni. Walaupun its same as at their home, tapi kemeriahan menyaksikan bola live di kedai2 mamak mmg tak dapat dinafikan berbeza. As usual, mamak menjadi pilihan utama utk menyaksikan bola sbb... they switch on wif the big screen. Puas! Aku masih setia menyokong Liverpool. Dgn semangat yg membara, aku sampai awal supaya tak terlepas minit awal game itu nanti. And the game start, 9.25p.m (waktu malaysia).
5 minit pertama, Liverpool mmg tidak menghampakan apabila Torres menanduk bola masuk ke gawang gol. yes, GOAL!!!! and i'm shouted! mmg havoc gile bintang 7 mlm tu. Kemeriahan seperti menonton di stadium. Aku senyum tak henti2 apabila pasukan favourite ku mendahului. Namun nasib tak menyebelahi Liverpool apabila Man U mendapat sepakan penalti pada minit ke 12 angkara Javier Mascherano dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Antonio Valencia yg pada aku hanya wayang! Sepakan yg disempurnakan oleh Wayne Rooney pada mulanya berjaya ditepis penjaga gol Liverpool, Pepe Reina namun bola melantun semula ke Rooney menyebabkan Rooney menyepak masuk gol pertama bt Man U. Its was a very dem moments! Gol kedua Man U disempurnakan oleh Park Ji-sung apabila menanduk masuk bola ke gawang gol dan gagal diselamatkan oleh Liverpool. 90minit game berakhir dgn keputusan
Man U 2 - Liverpool 1.

Walaupun Liverpool kalah, its was a great game!

Liverpool still da best ;)

♥♥ L i v e r p o o l !

Mar 19, 2010

i really MISS my bestie

it almost a week after my bestie a.k.a my officemate, Ainul Syatirah (Eira) leave us. Oh rindu sgt dgn dia. Dulu bila nk photostat paperwork mst singgah meja dia and chit chat. Mcm2 cite kami borakkan. Now, its empty.


Takde lagi member yg selalu alert bila aku pakai brg baru. Takde lagi member yg pna gelak ketawa nanges bersama. Semangat nk dtg opis pun dah lenyap. Opis skrg sgt busan! suram.


Tadi kol eira kejap. she miss us a lot! :) and we too.

i miss u a lot ! :[

Mar 5, 2010

Mc'd time wiff my officemate



04.03.2010 - 12.55pm
Location : Office
Tiba-tiba tekak ni rasa nk melantak mc'd. So kitorang bpakat nk lunch mc'd aritu. Asyik2 mkn nasi je muak pulak. Call and order. Setengah jam tngu bru sampai. Perut da berbunyi2 mendendangkan lagu keroncong. Aku pasti dgn set cheeseburger. && my officemate dgn set spicy chicken mc'deluxe. Full!
thnks guys. nanti kite order pizza pulak ___ :)

Mar 3, 2010

Movie BUZZ

Niyang Rapik
dosa silam kembali menghantui.....
Directed by Ahmad Idham

Last saturday berpeluang tgk filem ni kat GSC Berjaya Times Square. First impression, ingat ni filem pasal hantu or something like dat but rupenya pasal dendam && sihir. Filem ini mengisahkan lima sekawan yang menjalankan penyelidikan di sebuah kampung yg dikenali dgn nama Niyang Rapik. Di kampung itu mereka berkenalan dgn anak ketua kampung iaitu Laila, lakonan Liyana Jasmay. Kepulangan mereka ke Kuala Lumpur mula menimbulkan misteri setelah seorang daripada mereka mati dalam keadaan yg mengerikan. Mereka pulang semula ke Niyang Rapik untuk mencari punca kematian sahabat mereka itu sementara ingin memulangkan sebuah gambit yg mereka sangkakan ada kena mengena dgn kematian Zack (Fizz Fairuz). Kedatangan mereka ke Niyang Rapik semula menjadi tanda tanya setelah Niyang Rapik tidak seperti dulu lagi. Suram dan mengerunkan. Dan mereka ditimpa pelbagai perkara-perkara pelik satu persatu. Apakah akan terjadi kepada mereka? Siapakah yang menjadi punca kepada semua perkara pelik ini? Bagaimanakah kesudahannya? Saksikanlah Niyang Rapik....

Rating : ★ ★ ★ ★

From Paris With Love
Directed by Pierre Monrel

Filem ni tak mendapat sambutan yg begitu menggalakkan di pawagam berbanding Book of ELI. Tapi bagiku filem ni oke saja. Ganas dan ganas! Yes. tu yang dapat aku luahkan mengenai filem aksi ni. Filem ni mengisahkan seorang pembantu duta, Reese, lakonan Jonathan Rhys Meyer yang berminat untuk menjadi seorang agen rahsia. Ditugaskan dengan seorang rakyat Amerika, Charles Wax lakonan John Travolta untuk menyiasat kes pengedaran dadah dan juga serangan berani mati untuk membunuh delegasi-delegasi yang berkumpul dlm sidang kemuncak. Reese seorang agen yang amat protokol,tidak suka membunuh dan hanya menyelesaikan kes2 yg berkaitan dgn kedutaan shj. Manakala Wax, seorang agen yg berperwatakan gangster,tapi cekap. Keserasian antara mereka mmg sukar. Namun kecekapan Wax berjaya membuatkan Reese sedar tugas sebenar agen rahsia ni. Wax juga telah menyelamatkan Reese dr bahaya apabila tunangnya sendiri mengkhianati Reese dan merancang untuk membunuhnya. Filem ini berkesudahan apabila Reese dan Wax menjadi rakan baik walaupun Reese kehilangan tunang tersayang. Filem ini lebih banyak aksi tembak menembak berbanding bergaduh/membelasah. Filem ini agak simple dan mungkin disebabkan itu kurang mendapat sambutan.

Rating : ★★★